.

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Magis


[kredit] 


Magisnya dunia ini,
yang jijik boleh dilihat suci,
yang suci boleh dilihat paling kotor atas bumi.

Magisnya dunia ini,
yang baik boleh dilihat jahat,
yang jahat boleh dilihat baik laksana malaikat.

asal punya harta dan kuasa,
dunia mampu menjadikan seseorang itu
malaikat ataupun setan dalam sekelip mata.

yang lemah pastinya menjadi mangsa,
cuba untuk menegakkan kebenaran dengan segala upaya,
namun magisnya dunia ini,
dengan kuasa ia mampu mengalahkan sekalipun yang hak.

dunia ini kadang tidak adil,
kerna antara dua itu pasti ada satu yang harus
berkorban untuk kebahagiaan dan kesenangan
pihak yang kedua.

magisnya dunia ini,
adalah kerana tangannya manusia.

tidak adilnya dunia ini,
juga kerana perilakunya manusia.


***



#RekomenFilem untuk hari ini ; Glory Day.
sebuah filem korea yang cerita dia sangat frustrating
sebab kisah dia sangatlah tidak adil sampai ke akhir cerita.

kisah tentang empat orang sahabat dalam lingkungan
umur 20-an yang keluar bercuti untuk cipta kenangan
sebelum salah seorang rakan mereka (Sangwoo)
enlist dalam army pada keesokan harinya.

cerita ini juga dikenali dengan nama One Way Trip.
hanya dengan kejadian dalam satu malam,
jalan cerita hidup mereka berubah serta merta.

kuasa dan magis dunia berjaya mengubah mereka
daripada menjadi sekumpulan penyelamat kepada
sekumpulan penjenayah dalam satu malam.

kerana takutkan magis dunia ini,
mereka terpaksa patuh pada kuasa yang lebih tinggi,
hingga kebenaran tidak dapat diungkapkan sampai
ke akhir cerita!
Hoh.


***


nak link,
boleh pm.




"we were friends,we thought it will last forever."


Sayap yang Dibutuhkan


[kredit] Hartono,Prasetya dan Amran.


" mas,mau jadi imamkan? "

" secepat itu (mau nikah)? "

" bukan memang harus disegerakan (solatnya)? "

" oh,yang itu. (malu)
inshaAllah,bisa"


- - - - - - - - -


hampir satu hari yang lalu sempat menghabiskan
satu filem indonesia yang berjudul "Surga Yang Tak Dirindukan"
adaptasi daripada sebuah novel best seller tulisan Asma Nadia.

bukan nak cerita tentang isi kandung filemnya.
cuma aku tertarik dengan satu scene dalam cerita tersebut.
yang kembali membawa aku ke satu pengalaman hampir serupa
dengan apa yang aku alami sendiri.

satu scene bila mana Citra Arini baru dapat tahu tentang
suaminya,Prasetya yang rupanya menikah lagi satu (atas faktor tertentu).

masa tu dia serabut tahap gaban mashaAllah
(perempuan mungkin boleh faham situasi ni kofkof)
kepala dia kalau boleh nak pecah,fikirannya jadi kosong.

terlalu sakit rasanya bila difikirkan seolah-olah 'dikhianati'
suaminya sendiri,yang menyebabkan pada masa tu dia tak
boleh terima apa-apa perkataan pun dari Prasetya.

waktu tu ketiga tiga mereka ; Arini,Prasetya dan Meirose (si isteri kedua)
dah buntu,tak mampu nak fikir jalan keluar,macam mana nak settle,
nak hadapi,nak fix balik supaya semuanya jadi aman semula seperti asalnya.

kemudian dalam scene seterusnya ditunjukkan ketiga-tiga
watak tersebut ambil wudhu' dan mengerjakan solat serta berdoa pada Allah.
sambil menangis,penuh berharap,di tempat yang berbeza,saat masing-masing
sedang serabut memikirkan jalan keluar kepada masalah tersebut.

aku rasa korang pun tahu,
macam mana rasanya bila kita ada masalah besar,
dan akal kita dah tak mampu nak berfungsi untuk cari jalan keluar.

mengingatkan aku kepada situasi aku satu ketika dulu.
bila mana aku hadapi masalah yang langsung tak beri keamanan
pada akal dan fikiran walaupun secebis.

bila mana aku rasa dunia tak adil dengan aku.
aku cerita pada orang,bukan semuanya faham.
aku mahu cari jalan keluar,tapi kemampuan aku terbatas.

dan akhirnya masa tu aku teringat dan tersedar,
aku terpanggil untuk kembali kepada Dia yang 
menghantarkan ujian tersebut kepada aku.

sungguh sungguh aku berdoa.
aku bangun solat malam untuk mengadu.
kadang aku menangis mengharapkan air mata 
yang cerita semuanya pada Allah.

(aku kira masa ni aku sedih sangat sangat lol since aku tak pernah
bangun tahajud semata-mata untuk mengadu macamni sobs.)

bila diuji kita kadang lupa.
kita lupa bahawa ujian itu datang dari Allah.
jadi seharusnya kepada Allah lah kita kembali
dan minta pertolongan,kerna jawapannya 
sentiasa ada pada Allah.

Allah yang memberi ujian.
kerana itu hanya Dia yang mampu bantu.

Allah sumber kekuatan.
Allah sumber inspirasi.

Dia yang memberi kita sayap untuk terbang di muka bumi ini,
lalu bila sayap kita tercedera atau patah,
pada Dia lah kita minta bantu dan ganti sayap baru,
agar kita boleh terus terbang menuju sorga yang kita rindukan.


***


beberapa hari selepas cerita aku mengadu pada Allah
tentang masalah aku,alhamdulillah atas kuasanya Dia
lepas tu semuanya terasa ringan.

walaupun apa yang aku harapkan tidak terjadi,tapi
Allah buka hati aku untuk redha dan terima semuanya.

setelah hampir berbulan akhirnya aku kembali rasa bahagia.
aku dapat terima rupanya inilah yang terbaik untuk aku.
berkahnya aku mencari Allah,Allah hadiahkan aku
sebuah istana 'redha' untuk aku diami.

tenangnya rasa membuatkan aku menyesal
dan mempersoalkan diri sendiri,
kenapa aku tak datang kepada Allah awal-awal?

cepat atau lambat tak ada bezanya,
kerna kedua-dua waktu itu Allah sentiasa ada menanti kita.

tapi perancangan Allah lebih baik,
bila aku dah mula terima dan redha,
tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita.

satu berita yang selama ini aku tunggu
dan aku berharap,yang aku dah mula redha
atas kehilangannya,tiba tiba ia datang?

ini benar.
apa yang orang nasihatkan kita itu benar.


" kadang Allah saja lambat untuk makbulkan permintaan kita,
sama ada Dia merancang yang lebih baik,atau
Dia nak kita merayu dan meminta sungguh-sungguh padaNya.

kadang kita kata kita ikhlas meminta.
walhal baru sekali kita berdoa.
mulut kata ikhlas - tapi hati?

Allah itu rindu pada tangisan kita.
Dia rindu pada rayuan kita."



benar.
kadang kita sibuk nak merealisasikan impian kita,
sedang kita lupa yang menjadikan kenyataan itu hanya Allah.

carilah Allah.
mengadulah pada Allah.

saat manusia yang lain tak dapat bantu,
ingatlah selalu bahawa kita masih dan sentiasa punya Allah.

Dia lah sayap yang kita butuhkan!


***

konklusi akhir filem tersebut,
Arini akhirnya mula redha dan boleh terima.
dia cuba untuk memahami situasi yang suami dia
hadapi dan akhirnya ..... eh? oh ene taknak jadi spoiler.

boleh tengok filem ni sendiri hihu,
nak link boleh pm tepi?
(kalau ada yang tetiba buat lawak "takleh pm tepi,tepi ada teddy bear",
silakan kembali kepada Pencipta.)

dan by the way tolong faham kalau kat atas ni
ada bahasa yang acah acah indonesia.
namanya juga baru habis nonton filem indonesia -,-


***


jiayou.
moga Allah redha.


p/s : butuh = perlu