.

Dalam Bahaya



[kredit]



muka mu'allim kelihatan agak muram ketika saya melangkah kaki masuk ke kelas.

saya fikir,
mungkin beliau kecewa kerana saya dan rakan2 lain lambat masuk ke kelas.

( kami masuk kelas lambat bersebab k )


...


sebelum mula pelajaran tafsir al-qur'an , mu'allim tiba2 bersuara .
fikir saya lagi , mungkin beliau mahu menegur kelakuan kami.

namun sebaliknya.
malah ianya sesuatu yang tidak saya sangka2kan.


" mu'allim nak mintak antum sedekah al-fatihah untuk
junior2 muallim yang syahid di Syria hari ini,
dekat tempat muallim belajar dulu,

mereka dibom ketika sedang berehat,lebih kurang jam 10 pagi lebih ..

Al-fatihah "


semua senyap,
menghabiskan ayat al-fatihah masing2.



terkedu.

terkejut.


kehilangan kata2 sebenarnya.


- - - - -


pagi itu sebelum ke sekolah,
saya sempat bukak facebook untuk check inbox.

kemudiannya saya lihat news feed.

hanya satu post yang sempat saya baca,
itu pun tak sempat baca sepenuhnya.


cuma yang mengejutkan saya apabila membaca post tersebut adalah 
ketika saya membaca separuh daripada ayat pertamanya yang berbunyi ,


" Kami masih bernyawa!
hampir 48jam terputus hubungan untuk update. Subhanallah, serangan bom .. " 

post dari salah seorang aktivis kemanusiaan dari Malaysia.


dari malam sebelum itu lagi saya sudah baca post2 beliau
mengenai serangan2 yang dilontarkan oleh pihak gila rejim bashar assad terhadap penduduk Syria.
berdekatan dengan tempat aktivis Malaysia.


maka pada hari itu perjalanan saya ke sekolah ditemani dengan perasaan yang tertanya-tanya,
apa yang berlaku sebenarnya.


suspen.


.....


dan lepas pulang dari sekolah,
saya cari semula post pagi tadi dan baca semula.


" Kami masih bernyawa!
hampir 48jam terputus hubungan untuk update. Subhanallah, serangan bom barrel, roket MIG & tembakan sniper berlaku depan kami. Kematian, keperitan dan pengharapan!
Hasbunallah wa nikmal wakeel!

please help! "



alhamdulillah.
alhamdulillah.
orang mesia kita selamat,
syukur saya dalam hati.

rakyat mesia bukanlah sasaran rejim gila bashar assad.



namun bagaimana pula dengan saudara syria kita?

ya,

mereka tidak selamat.
mereka tidak selamat dari kekejaman itu.


mereka yang kuat itu lah,
yang menjadi sasaran rejim gila basyar assad.


berbahagialah mereka yang syahid di Sana InsyaAllah.



lukisan yang mereka lukis untuk delegasi NGO Malaysia (MLL4S)


***



setiap hari scroll down news feed facebook.
kebanyakkan cerita yang ada,majoritinya mengenai kekejaman yang berlaku terhadap ummah di luar sana.


' sebentar tadi bashar assad telah menggila dengan mengebom .. '


' ini adalah gambar fetus di dalam rahim ibunya yang telah ditembak oleh sniper .. '



' beliau ini telah ditemui dalam keadaan kritikal kerana kebuluran dan kekurangan ubat2an dan telah disahkan syahid .. '



' ... kanak2 ini ditemui sedang mencari sisa2 roti di tempat pembuangan sampah bersama adiknya .. '




setiap hari,
itu sahaja lah cerita nya.

siang dan malam keluar post baru (dari sumber yang diyakini kesahihannya ) ,
semuanya tidak lari daripada kekejaman dan penderitaan yang dihadapi ummah.


makin hari makin kejam.


kejam gerila.





- - - - - - - -


baru2 ini,

Abdullah Aasim,
seorang pelajar tingkatan 3 Mesir,telah dipilih oleh syarikat femes Intel untuk menjadi wakil Mesir dalam pertandingan Kelab Sains dan Teknologi.

Beliau reka cermin mata untuk mereka yang lumpuh penglihatan,yang mana cermin mata tersebut membolehkan OKU dengan mudahnya berhubung dengan orang lain melalui internet.

walau bagaimanapun,pihak kudeta mesir (geng2 as-sisi) telah menculik Abdullah di Medan Tahrir.

kenapa diculik?

kerana mereka mahu menyekat kemaraan umat islam.
mereka tidak mahu Abdullah mencipta pelbagai lagi rekaan2 yang boleh mengharumkan nama umat Islam.

entah apa yang dilakukan terhadap Abdullah selepas ini,
Allahu a'lam.
Mudah2an beliau tidak 'disentuh' oleh pihak kudeta,
semoga selamat2 sahaja InsyaAllah.



- - - - - - -




saya pernah bertanya,
kenapa mereka yang terpilih untuk mengalami semua ini.

kenapa tidak filipina
kenapa tidak jepun
kenapa tidak korea
kenapa tidak uzbezkistan

kenapa tidak mesia?

kenapa mesti Syria
kenapa mesti Palestin
kenapa mesti Mesir
kenapa mesti Rohingya
dan negara2 islam yang lain.

dan kenapa bukan mesia?

apa kurangnya mesia?

bukan saya mahu malaysia yang negara saya ini menjadi sasaran pengganas,
tapi saya cuma tertanya dan bertanya,

kenapa?


.....



pada suatu hari,ketika saya sedang baca buku yang baru dibeli,
saya mendapat jawapan untuk soalan saya yang di atas.


katanya,


" They attack Syria,Palestine and others because they are afraid.

Malaysian muslims have already lost the war.We lose to McD,Nestle,televisions,songs,games,KPops,and cigarettes.We are their sheeps,we are their goats.We are no one in their eyes.


But in Syria,Gaza,fuh.Thats a different story.Which is they're fighting in the real war right now.They're running towards syahid,towards Jannah . "


-Afiq Sazlan



sentap tak sentap,
itulah hakitkat nya.


berterima kasihlah US kepada kita,
kerana kita telah memudahkan 'kerja' mereka.

mujahideen di sana,saudara2 kita di sana,
mereka itu bukan calang2 manusia.

bayangkan anak kecil yang baru berumur 3 tahun,
boleh membezakan antara yang haq dan yang batil.

bayangkan bagaimana seorang kanak2 berusia 11 tahun,
menjadi pemuda yang berada di barisan paling hadapan ketika melawan tentera musuh.
bagaimana dia menjadi begitu berani.

[ as-syahid faris a'udah]


bayangkan juga bagaimana seorang kanak2 yang bekerja siang malam menjual ikan,menjual roti,
demi mencari sesuap nasi untuk keluarga di rumah.

bayangkan bagaimana perasaannya apabila roti yang dijual jatuh bertebaran di atas tanah,dek angin yang bertiup kencang pada hari itu.
bersusah payah dia menyelamatkan roti itu daripada kotor,dalam tangisan dia berkata,

 ' bantu aku selamatkan roti ini! sekiranya ia kotor,siapa yang mahu membelinya nanti?jika tiada yang membeli,bagaimana aku mahu menyara keluarga aku di rumah?! '



- - - - - - -



pada zahirnya,
kita kelihatan beruntung daripada mereka.
namun pada hakikatnya,
mereka yang lebih beruntung.

kerana segala apa yang mereka hadapi,
telah pun menguatkan hati dan jiwa2 mereka.





kita pula?
makin lemah atau makin kuat?


' err kita ni memang la tak kuat mana.yela kat sini kan banyak ujian(kesenangan),
but well at least kita tahu jugak ape yg berlaku kat dieorg kan ',

kata kita sambil hirup sos mekdi.
dah pedas,dicapainya pula air setabak.


pfft.




- - - - - - -




kita memang tidak boleh bantu ummah di seberang sana.
kita tak mampu berperang sekali bersama mereka beramai2.

namun kita di sini punya senjata ampuh,
malah keampuhannya melebihi meriam urban yang digunakan untuk pecahkan tembok konstantinopel dahulu.



DOA.

adakah setiap hari kita mendoakan ummah di luar sana? atau kita hanya berdoa akan diberi pasangan dan zuriat yang baik suatu hari nanti? atau mungkin kita hanya berdoa agar peperiksaan yang kita hadapi sebelum ini dapat stret A's semuanya?


lalu bagaimana dengan saudara kita?


kalau bukan kita yang mendoakan kesejahteraan mereka,
siapa lagi? takkan kita nak mengharapkan ustaz hasanuddin,dr hafidzi atau ustaz haris bain sahaja yang mendoakan mereka?


sekiranya kita berkata

' kesiannye .. semoga Allah lindungi mereka di sana '

sahaja,itu juga sudah dikira satu doa.


kita mampu nyanyi lagu frozen tiap2 hari,
mana mungkin doa yang tidak sampai enam perkataan itu kita tidak mampu untuk bacakan?

wahai.



......


QUNUT NAZILAH.

dalam situasi akhir zaman ini,yang mana kekejaman tiap2 hari berlaku,
patutnya kita dah hafal dah qunut nazilah tu.

qunut nazilah adalah doa yang dibacakan nabi saw sepanjang satu bulan tanpa henti,
pada setiap kali akhir solat (dalam satu peristiwa),
untuk mendoakan kehancuran bagi pihak kafir quraisy.


jadi untuk kita,
pada setiap rakaat terakhir dalam solat,



ini adalah kerana,


sakit mereka,
adalah sakit kita.

penderitaan mereka,
adalah penderitaan kita.

kerana separuh mereka,
adalah diri kita.


mereka punya hak ke atas kita.
ummah punya hak ke atas kita.


mudah2an dengan doa itu,mampu melumpuhkan kekuatan rejim2 gila di luar sana.
Allahumma ameen.


- - - - - - - -



moga kita menjadi antara manusia-manusia yang mengambil peduli tentang masalah dan penderitaan ummah di luar sana dan di sini.

moga kita ini tidak hidup nafsi-nafsi.

sendiri sendiri,
tanpa peduli orang lain.


ingatlah,


MAN LA YAHTAMMU BI AMRIL MUSLIMIN,
FALAISA MINHUM

BARANGSIAPA YANG TIDAK AMBIL PEDULI NASIB SAUDARA SEILAMNYA,
MAKA DIA BUKAN DARIPADA KALANGAN MEREKA



- - - - - - - -


wallahua'alam.

nastaghfirullah.
moga Allah redha.



- nota hati -

untuk mendapatkan maklumat2 terkini,boleh copy dan paste link di bawah.
saya jamin kesahihan beritanya insyaAllah.


https://www.facebook.com/ikram4syria
https://www.facebook.com/aqsa.syarif
https://www.facebook.com/MesirKini
https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
https://www.facebook.com/MLL4S


dan untuk mendapatkan button badge keamanan,
boleh click di sini.








No comments:

Post a Comment