.

Yeke Ikhlas?

[kredit]



inshaAllah saya akan menulis post ini dengan pantas dan sekali taip.
kerna saya risaukan cuaca di luar.
kalau hujan,perlu berlari mengutip baju baju di luar.
tak pasal pasal nanti ada orang cakap banyak lagi [ baca : bebel ] macam semalam.

k benda tu memang tak payah cerita.

wahaha biar aa.

.

back to the topic.
*betulkan langsir*


- - - - - - - -


semua orang tahu,ikhlas adalah sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu.

samada ianya wujud dalam diri kita,
atau tidak wujud,
basically hanya Allah yang tahu.

namun ada sesetengah manusia,
yang kita boleh tahu tahap keikhlasannya bagaimana.

maksudnya,
kita boleh tahu dia ni ikhlas atau tidak apabila melakukan sesuatu.


contoh,

kita boleh lihat dari segi lipatan baju yang dia lipat ;
kemas atau tidak.

kita boleh lihat dari segi reaksi mukanya sebelum dia melakukan sesuatu ;
monyok kemain.

kita boleh lihat reaksi mukanya semasa dia melakukan sesuatu ;
bertambah monyok.

kita boleh lihat reaksi mukanya selepas dia melakukan sesuatu ;
astaghfirullahal 'azim sudah menjadi momok pun!
eh.

kita boleh lihat kelakukannya semasa dia melakukan sesuatu pekerjaan ;
buat secara malas malas - hentak hentak kaki mengamuk - campak campak barang

dan kita juga boleh mendengar komen yang diberikan selepas dia melakukan sesuatu :
' eei apehal la dalam reramai orang ni die pilih aku jugak untuk siram pokok? '

.

(( apesal cuaca luar ni kejap mendung kejap panas ey buat orang gelabah je ))

.


nak suruh orang ikhlas buat sesuatu memang mudah.
tapi kalau kita sendiri yang nak buat?

peh.
perlukan kesabaran yang menggunung tinggi.

- - - - - - - -

maka,
apa yang boleh membuatkan seseoang itu ikhlas?

saya kira,
jika dia yakin dengan Allah SWT,
yakin dengan ganjaran yang akan diberikan,
yakin dengan hikmahnya,

maka mudah lah seseorang itu untuk ikhlas inshaAllah.

.

sebagai contoh untuk seorang perempuan yang bertudung.

walaupun hari itu adalah hari yang panas terik,
malah hari yang terterik panas dalam hidupnya,
sehingga dia terpaksa bermandi peluh di dalam,
dia hanya akan bersabar dan redha.

kerana dia yakin,
setiap titik peluh yang jatuh itu akan dikira pahala oleh Allah SWT.
dan ganjarannya sudah pasti besar,

berkat dia mematuhi perintah Allah dengan menutup aurat sepenuhnya.


- - - - - - - -


apabila orang bertanya samada kita ini ikhlas atau tidak,
maka kita boleh menjawab YA.

tapi jawapan sebenarnya ada pada perjalanan hidup kita.

mulut memang kata YA,
tapi nanti bila dah diuji?

ketika itu baru kita tahu samada kita ini ikhlas atau tidak.
sama kita ini mampu ataupun tidak.

mulut hanya berbicara,
namun hidup yang menentukan.

- - - - - - - -




semoga sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu.

inshaAllah.
yakin lah dengan Tuhan.

Moga Dia redha!



No comments:

Post a Comment