.

Rest In Peace

" Salam,eid saied.Taqabbalallahu minna wa mink inshaAllah. "

" w'salam,waiyyak "


kawan saya yang ini,
yang saya cintai kerana Allah semata inshaAllah.


" eh aku da update blog! baru jee.nak baca? "

" sekarang tak boleh lagi sebab dalam kereta,otw nak balik rumah.
tapi kasi je la link "

kecewa.

saya tak bagi dia link.
nak tunggu dia balik rumah dulu.

esoknya,
ataupun esok esoknya.
tak ingat.


" cepat laa .. nak baca blog aku tak ni? "

" boleh lah,kasi link. sorry lupa nama blog "

" www.asid-sulfurik.blogspot.com "


menunggu.
beberapa saat kemudian.


" asid sulfurik? nama baru? "

" haah nama baru,nama lama tak kool lah "

" so asid sulfurik ni kool lah?
haha "


peh gelak keji dia.
kemain ha.
husnudzon?
lain kali lah.


*selepas beberapa minit*


" sorry,tapi aku rasa,

erm,

aku rasa,

penulisan kau ni serupa macam inche popia,afiq roslan ngan tomacho ah.kan? "


pedih.
masih bertahan.
dia sambung lagi.


" aku rasa la kan,aku rasa lah,

nama tak perlu se-kool inche popia,afiq roslan dengan tomacho pun,
dah oke.. yang penting isi dan perkara yang nak disampaikan tu.

sebab isi semua kau punya memang dah best.bagus! itu aku puji.

cuma satu jelah macam aku cakap,
tak perlu serupa sangat ngan orang laen pun kau dah mantap. "



sebab tu sampai hari ini kami masih berkawan.
saya suka orang yang direct kritik saya  untuk baiki apa yang patut.

bukan untuk menjatuhkan,
bukan untuk melemahkan.

kritik direct ni kira ikhlas la kan?
daripada mengumpat kat belakang.

mintak kritik depan-depan tak nak.
kritik belakang,
laju.

tapi kalau dengan orang yang saya rapat jelah yang saya boleh terima.
yang lain,
berat sikit.
kelemahan saya di situ mungkin.

#

saya pun tak tahu nak buat cemana.
gaya penulisan saya memang berubah,
sejak saya baca penulisan-penulisan dari inche popia,afiq roslan dan tomacho.

boleh tak kalau saya kata bahawa ianya adalah perubahan automatik?

saya baca penulisan orang,
penulisan saya juga terjadi begitu.
kadang saya tak perasan ianya berubah.

saya lupa gaya penulisan saya yang sebenarnya macam mana.

(nampaknya saya kena baca penulisan Salim A. Fillah banyak-banyak lah
supaya penulisan saya hebat juga seperti beliau! *double slap* eh sakitlah!)

disebabkan ini adalah komen yang sudah lebih dari satu kali yang saya terima,
maka saya buat keputusan,
untuk berhenti menulis buat sementara.

cewah ayat nak matang je.

#

mahu kembali kepada fitrah.
mencari diri saya yang sebenar.


- - - - - - - - - - -


" papepun jzkk atas kritikan yang membina.
i need some more,but next time."


*chat off*





No comments:

Post a Comment