.

Doesn't Exist



[kredit]





Ramai orang mahu terbang.
Tapi tak punya sayap.

Mereka lupa
bahawa mereka punya kedua kaki untuk berjalan.


Post.


- - - - -


Kita selalu mahu mencuba dengan
apa yang tak ada depan mata.

Kita mahu itu.
Kita mahu ini.
Kalau lah kita ada itu.
Kalau lah kita mampu lakukan begitu.

Tak pernah pula kita untuk melihat
apa yang ada di depan mata.

Buat apa mencari apa yang tak ada?

Apa yang ada di depan kita ini,
manfaatkan lah ia.
Gunakanlah ia sebaiknya.

Jadikan ia 'alat' untuk merealisasikan
apa yang kita mahu.

Kenapa mesti cari apa yang kita tak ada?

Keluar dari mimpi.
Pijak atas bumi realiti.

Jangan buang masa untuk sekadar
impikan itu dan ini.

Bergeraklah.
Move.
Manfaatkan apa yang ada.
Tak perlu mimpi dengan apa yang tak ada.

Jangan jadikan ia alasan supaya kita
tak perlu bergerak.

Apa yang ada di hadapan kita ini,
adalah yang ditakdirkan untuk kita.
Dan adalah yang terbaik untuk kita
inshaAllah.

Ia bukan diberi atas tujuan yang sia-sia.

Benar.
Hanya sedikit manusia yang bersyukur.
Yang ramainya adalah mereka yang sentiasa
merasa tidak cukup dengan apa yang ada.

Namun apabila yang dimiliki sudah ditarik semula,
baru terhegeh hegeh nak menghargainya.

Kita kah itu?

Naudzubillah.




Mula lah dengan apa yang kita ada,
InshaAllah kita akan miliki yang lain selepas itu.


- - - - - 


Saja ingin saya kongsikan kata-kata
daripada angkasawan kita yang pertama,
Dr Sheikh Muszaphar Shukor,


'Twinkle twinkle litte star doesnt exist in the space.'


Kaitan?

zZ


No comments:

Post a Comment