.

Ukhti Manes Akhi Diabetes





 “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR Muslim)

- - - - - - - - - - - - - -


pernahkah anda berjumpa
dengan dua manusia bernyawa
yang berkasih sayang kerana-Nya?

pernahkah anda terserempak
dengan dua insan bernyawa
yang pada akhir ceritanya
mereka berbicara tentang hidup bersama di Syurga?

mereka saling nasihat-menasihati,
mereka saling belanja-membelanjai,
mereka saling mencari jalan,
bagaimana cinta mereka bisa diredhai.

dua insan bernyawa ini,
adalah dua hamba Allah yang beriman,
yang mencintai antara satu sama lain hanyalah kerana Allah.

mereka meletakkan cinta Allah dan RasulNya di atas,
agar dapat menaungi cinta mereka berdua di lapisan seterusnya.

cinta mereka bukan antara lelaki dan perempuan,
cinta mereka bukan antara akhi dan ukhti.

namun cinta mereka,
adalah antara akhi dan akhi,
ukhti dan ukhti.

atau kata lainnya,
antara laki dan laki,
perempuan dan perempuan.

atau kasar sedikit,
jantan sama jantan,
betina sama betina!

weish.

manisnya cerita cinta mereka ini,
adalah natijah daripada keimanan mereka.

mereka berkasih sayang kerana Allah,
maka mereka selayaknya merasai kemanisan ukhuwwah itu,
kerana Allah lah yang menyatukan hati hati mereka.

masakan tidak diabetesnya ukhuwwah itu,
kalau bukan ianya adalah ikatan yang diredhai,
dan berpaksikan pula keimanan yang hakiki?

ukhuwwah mereka ini tidak akan pincang
dan tidak akan hancur begitu saja,
hanya disebabkan oleh perkara kecil.

kerana mereka punya keimanan yang kuat
dan kethiqahan yang qowiy antara satu sama lain,
yang membuatkan mereka yakin,
tiadalah yang mampu memisahkankan mereka
kecuali kekufuran dan mati.

sekali lagi,
tiada Tuhan selain Allah,
Allah lah yang menyatukan hati hati mereka.




***





ada satu malam,di mana saya menemani rakan saya
ke dorm untuk mengambil barang yang tertinggal.

kami tiba di sana,kemudian rakan saya mengeluarkan
3 casing iPhone6 yang berwarna merah,kuning dan turquoise.


"tengok ni,lawa tak?"


"lawa lawa,beli mana?"


saya ajukan soalan untuk melayan.
tak kata tak minat,tak boleh juga.
sebab casing tu semua lawa lawa wehh nak satu boleh?

ok merapu.


"antara tiga2 ni en,mana yang kau rasa paling lawa?"


"kuning ni lawa.merah pun ok gak,turquoise ni pun lawa.
senang citer,semua lah lawa"


"haha,ok"



esok paginya,selepas kami berdua bercipiki-cipika,
kami pun pulang ikut haluan masing-masing.

lepas ni pasti rindu,
saya kira.

kami berdua sama sama berjuang,
tapi di medan yang berbeza.

sahabat yang saya sayangkan keranaNya ini,
kapan lagi kita bisa ketemu,
ya?

nak dijadikan cerita,
masa saya tengah kemas kemas,
saya terjumpa sesuatu di sisi beg bersama..

sekeping nota.


Adat sebuah pertemuan,pasti ada perpisahan.

bersabarlah,ikhwah.

kerana hakikatnya seorang Daie dan pemimpin itu
harus bertebaran di atas muka bumi ini.

Dan yakinlah,
mereka yang bertemu dan berpisah
semata-mata kerana Allah,tiada lainnya,
pasti akan mendapat naungan arasyNya di akhirat kelak.


- - - - - - - - - - - -


"kau nak bagi kat sape casing ni?"


"aku..

nak bagi dekat

orang aku sayang"


- - - - - - - - - - - -


casing yang di belakangnya tertulis
'anta ma'a man ahbabta - kamu akan bersama orang yang kamu cintai'
telahpun menjadi milik saya sejak hari ini.


.


Moga Allah redha.




who needs an opposite gender friend,
when already have a friend like this?


No comments:

Post a Comment