.

Magis


[kredit] 


Magisnya dunia ini,
yang jijik boleh dilihat suci,
yang suci boleh dilihat paling kotor atas bumi.

Magisnya dunia ini,
yang baik boleh dilihat jahat,
yang jahat boleh dilihat baik laksana malaikat.

asal punya harta dan kuasa,
dunia mampu menjadikan seseorang itu
malaikat ataupun setan dalam sekelip mata.

yang lemah pastinya menjadi mangsa,
cuba untuk menegakkan kebenaran dengan segala upaya,
namun magisnya dunia ini,
dengan kuasa ia mampu mengalahkan sekalipun yang hak.

dunia ini kadang tidak adil,
kerna antara dua itu pasti ada satu yang harus
berkorban untuk kebahagiaan dan kesenangan
pihak yang kedua.

magisnya dunia ini,
adalah kerana tangannya manusia.

tidak adilnya dunia ini,
juga kerana perilakunya manusia.


***



#RekomenFilem untuk hari ini ; Glory Day.
sebuah filem korea yang cerita dia sangat frustrating
sebab kisah dia sangatlah tidak adil sampai ke akhir cerita.

kisah tentang empat orang sahabat dalam lingkungan
umur 20-an yang keluar bercuti untuk cipta kenangan
sebelum salah seorang rakan mereka (Sangwoo)
enlist dalam army pada keesokan harinya.

cerita ini juga dikenali dengan nama One Way Trip.
hanya dengan kejadian dalam satu malam,
jalan cerita hidup mereka berubah serta merta.

kuasa dan magis dunia berjaya mengubah mereka
daripada menjadi sekumpulan penyelamat kepada
sekumpulan penjenayah dalam satu malam.

kerana takutkan magis dunia ini,
mereka terpaksa patuh pada kuasa yang lebih tinggi,
hingga kebenaran tidak dapat diungkapkan sampai
ke akhir cerita!
Hoh.


***


nak link,
boleh pm.




"we were friends,we thought it will last forever."