[kredit] |
" kampung sebelah kite ni dah due orang murtad dah kau tahoo tak ey nak histeria aku dibuatnye "
" tu mesti keje orang kristian yang baru sampai sini ritu.memang kompem aa dieorg yang sesatkan saudare-saudare seislam kita ni memang nak kene dieorg ni heyy "
- - - - - -
Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam ummat ini jika setiap ummat menjadikan diri mereka Daie.
- Syeikhul Saad Al-Kandahlawi -
- - - - - -
setiap kali kita dengar berita orang itu murtad dan orang ini meninggalkan agama suci ini,
kita akan menyalahkan orang yang menyesatkan ummat kita.
sedangkan,
'mereka' itu bukan menyesatkan ummat kita,tapi mereka sebenarnya sedang berdakwah kepada ummat kita.
ya,
berdakwah kepada agama mereka,bukan kepada agama Islam.
'mereka' itu tidak layak untuk kita persalahkan,
kerna mereka hanya melaksanakan tugas mereka sebagai penganut agama mereka.mereka merasakan bahawa mereka wajib berdakwah agar ramai lagi yang join agama mereka,maka mereka berdakwah.
kita tidak sedar akan perkara itu.
dakwah yang mana sepatutnya ummat kita yang laksanakan,
telah pun dilaksanakan dengan meluas oleh penganut agama lain.
mereka yang di kampung sebelah anda itu murtad bukan kerana mereka disesatkan,
tetapi kerana kita tidak mendakwah mereka.
adalah kerana kita tidak menjadi seorang daie.
pelik bukan apabila penganut agama lain begitu bergiat aktif dalam bidang dakwah?
sedangkan dakwah itu adalah tugas wajib bagi ummat kita yakni ummat Islam?
adalah wajib bagi muslim yang mukallaf untuk berdakwah kepada orang laen.
kerana itu saya mengatakan bahawa,
kita sememangnya tidak layak untuk persalahkan 'mereka' yang berdakwah kepada ummat kita.
kerana yang bersalah sebenarnya adalah kita.
dan akhirnya kita lihat sendiri,
disebabkan hasil dakwah penganut agama itu yang berkesan,kampung sebelah anda telah pun meninggalkan agama suci ini.
apakah yang kita lakukan?
apakah yang kita lakukan saat 'mereka' ini bergiat aktif dalam berdakwah kepada ummat kita?
apakah yang kita lakukan?
wahai.
bangunlah wahai.
bangunlah daripada kelalaian dan keasyikan dunia mu.
berhenti lah menunding jari pada pihak lain.
lihatlah dirimu sendiri.
apakah yang kamu lakukan?
* * *
la'allakum tazakkarun.
agar kamu berfikir.
No comments:
Post a Comment