.

Kerana Ummah Punya Hak




" PM kita batalkan rumah terbuka raya tahun ni sebab nak bersedih atas peristiwa
MH17 dan memperingati apa yang sedang berlaku di Gaza.

tapi sekolah kita buat jugak jamuan raya sabtu ni,saya tak nak 
kita gembira sampai lupa apa yang sedang berlaku di Gaza.

Jadi,

hari khamis ni jugak saya nak kumpulkan RM4500 untuk infaqkan kepada Gaza.
kita ada lebih kurang 450 pelajar,jadi setiap pelajar kena bayar RM10. "



kedengaran suara pelajar mula membuat bising versi mereka
sebaik sahaja pengetua habiskan ayat yang terakhir di atas.

beberapa saat selepas itu,
beliau sambung ucapannya.


" nak risau apenye,duit raya antum kan banyak.

so,hari khamis ni jugak saya nak kumpul RM4500.
kalau hari jumaat tu tak cukup RM4500,
beerti jamuan raya kita pada hari sabtu esoknya akan dibatalkan. 

takde lah jamuan raya kita tahun ni.

setuju?
ok muktamad. "


untuk kedua kalinya,
dewan sekolah spesyel ini diperdengarkan dengan suara para pelajar
yang kembali membuat bunyi versi mereka sendiri
selepas pengetua mengakhiri ucapan beliau.

ada yang tutup telinga,
sebab tak sanggup dah nak dengar sambungan ucapan pengetua.

yang seolah-olah terkena histeria pun ada.
kononnya.


" tak infaq duit kat Gaza pun kena batalkan jamuan raya?
ni lawak ke ape ni "


sekolah ini,
pelajarnya pelbagai ragam.


#


ada yang menganggap bahawa ini adalah suatu paksaan
yang dikenakan ke atas diri mereka.

setiap pelajar wajib bayar infaq RM10.
kalau tak,takde la jamuan raya.
kalau tak,tak makan lah kita sabtu ni!

anggaplah bahawa saya sorang je yang merasakan bahawa ini adalah suatu paksaan.

namun,
tidakkah saya sedar,

sekiranya saya infaqkan RM10,
dalam keadaan terpaksa meng-infaqkannya sebab kalau tidak,takde jamuan raya,
adalah sesuatu yang sia-sia?

tidakkah saya terfikir,
RM10 yang saya ambil daripada duit raya saya itu,
yang semata-mata untuk di-infaqkan kepada Gaza itu akan jadi sesuatu yang sia-sia?

amalan fatamorgana.
pernah dengar?



" pulak dah.dah kenapa ni? dah la kena infaq RM10.
pastu kata sia-sia pulak? amalan fatamorgana lah amenda semua ni "


bertenang.

perkara yang kita buat,
kalau tanpa ada keikhlasan dalam hati,
bagaimana perkara itu akan diterima di sisi Tuhan?

niat adalah perkara yang paling penting dalam melakukan sesuatu perkara.
salah niat,
rosaklah amalan.

'kerana setitik nila,
rosaklah susu sebelanga'

sanggup ke korbankan sepuloh hengget kemudian
kita tak dapat apa apa kebaikan daripada pengorbanan itu?

sanggup?

seriyes talk,
saya tak sanggup!
(wahaha)

ikhlas beb.
we have to.

kita tak ada hak untuk mengelak daripada bersedekah,
kerana dalam harta kita itu,
ada hak saudara saudara kita.

jadi,

untuk memastikan amalan infaq kita ini diterima oleh Tuhan inshaAllah,
perbetulkan lah niat.

infaq dengan rela hati.
bukan kerana terpaksa.

anggap lah ini sebagai satu tarbiyyah untuk kita.
buat ape masuk sekolah spesyel ini kalau bukan untuk di-tarbiyyah kan?

(senyum)

tidakkah kita terfikir,
bahawa melalui cara ini,
kita akan menyedari bahawa sebenarnya ummah itu punya hak ke atas kita,
dan ke atas harta kita?

haah,
memang betul lah ummah punya hak ke atas harta kita.

dalam duit raya kita yang berempah ratus ribu itu,
di dalamnya ada bahagian tertentu yang sebenarnya bukan milik kita semuanya,
tetapi ada milik ummah di situ.

maka,
infaqlah.

walau sedikit.
dengan rela hati.
seikhlas hati.

moga Allah terima inshaAllah.

ganjaran itu pasti ada,
cuma tidak pasti bilanya akan tiba.

ganjaran itu,
lambat laun pasti tiba juga.
tidak di dunia,
di akhirat kelak inshaAllah.

cuma perlu infaq dengan rela dan ikhlas,
sama ada ia terima di sisi Allah ataupun tidak,
kita akan ketahuinya satu hari nanti.

sekali lagi,
moga Allah terima inshaAllah!

#

hari ini hari rabu.
esok hari khamis.

jeng!

duwet sepuloh ringgit anda sudah bersedia untuk di-infaq?




No comments:

Post a Comment