.

Bukan Salah Mereka


[kredit]



4 Januari 2012.
hari pertama menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

fuh.



semuanya sama seperti biasa,
melainkan warna baju,tudung,kain sekolah dan sebagainya.

cuma,
ada satu perkara yang telah berlaku pada hari itu.

yang mana saya tak pernah bayangkan ia akan terjadi dalam hidup saya.


bismillah.



- - - - - - - -


pagi tu lambat sikit sampai sekolah,jadi ketika saya masuk ke kelas,
hanya ada saya dan beberapa orang pelajar sahaja
( yang selebihnya dah masuk ke dalam dewan )

sampai di satu ketika,
tinggal lah saya bersama seorang pelajar baru.

ketika itu dia sedang melihat jadual kelas.


sebelum saya keluar kelas,telah berlaku satu perbualan antara saya dan dia.
dia tanya pada saya,


' err ni subjek apa eh? '


' ohh tu bukan subjek.
PER tu stand for PERhimpunan '


' oh..ni pulak? '


tanya dia sambil tunjuk ke arah subjek selepas perhimpunan.


' tu mathurat , kalau perhimpunan habis awal , semua kena baca mathurat pulak '

( ada gaya tourist guide tak saya ni? wahaha )


tiba2 dia tanya lagi,


' ha? mathu .. apa benda tu? '


' mathurat tu cam ... mathurat la.
mathurat.
takkan anti tak tau? '


soalan saya serius,
dan mukanya juga benar2 serius.

kami sama2 serius.


jawabnya,

' err.tak tahu '


ok daripada muka serius saya jadi tersedak pulak.hati saya bertanya like seriously ke dia tak tahu mathurat tu ape.
gulp.


' mathurat tu .. macam doa.himpunan doa2,yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna '


saya cuba bagitahu apa itu mathurat,
walaupun saya sendiri tak tahu nak explain mathurat tu cane.


saya tahu dia masih tak faham apa itu mathurat,
dan saya yakin dia mesti nak tanya Imam Hassan Al-Banna tu siapa.
mungkin disebabkan dia rasa yang dia dah banyak tanya,maka dia hanya menjawab


' oh,okay '


dan terus keluar dari kelas.




- - - - - - - -




sepanjang perjalanan ke dewan,macam2 soalan saya fikirkan dalam kepala.


' biar betul dia tak tahu mathurat tu ape '

' nape die tak tahu mathurat tu ape '



saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku pada pagi itu.
saya tak pernah expect akan ada orang tanya soalan sebegitu pada saya.


bagaikan bermimpi di pagi hari.
cubit pipi sendiri ketika itu pun langsung tidak mengubah fakta,
bahawa saya benar2 tidak bermimpi.


ini semua gara2 selama ini saya hanya berjumpa dengan manusia yang dah arif akan perkara2 islamiyyah seperti itu,
hinggalah pada suatu tarikh di mana Allah hantarkan kepada saya,seorang manusia yang mungkin tidak pernah hidup dalam bumi tarbiyyah itu sendiri.



astaghfirullah.


itu satu cabaran besar.

dan saya benar2 berada di dalam zon selesa.
selama ini.




namun persoalannya,

kenapa dia tak tahu?




.




- - - - - - - -



Ahmad pernah menyaksikan suatu adegan,di mana ada seorang manusia bertanyakan soalan kepada seorang ustaz


' ustaz,kite ni boleh tak senanye pegang tangan boyfriend kite ustaz? '


lantas satu dewan kuliah itu menjadi bising.
dan terdengar lah beberapa suara sumbang,


' apa punya soalan,mestilah tak bolehhhh '

' aduhh benda basic centu pun nak tanya kee takkan la tak tahu lagi kot dah besar panjang dah '

' la dia ni tak penah dengar ayat wa la taqrabuzzina keee '



biasa sekali dialog itu keluar daripada mulut kita apabila seseorang itu tidak tahu mengenai sesuatu fakta yang femes,
sedangkan kita tahu benda itu.



nah.


soalan yang kedua,


rasa2nya kenapa dia tak tahu bahawa memegang tangan boyfriend itu haram,
sedangkan dia itu sudah besar panjang dan dosa pun dah tanggung sendiri?


kenapa.

kenapa.



ce teka.



haaa.




dia tu sebenarnya bukan buat2 tak tahu,
dan bukan saja2 nak bagitahu satu dunia yang dia ada boyfriend.


tidak.


dia itu memang tidak tahu.


ini kerana sepanjang 16 tahun hidupnya ,
mana pulak saya tahu umur dia 16 tahun
dia tidak pernah diberitahu akan pengharaman menyentuh lelaki yang bukan mahram dia.


saya ulang sekali lagi,


dia tidak pernah diberitahu


ya.

dia tidak pernah diberitahu,
dan dia tidak pernah diberi pencerahan mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan.



saya tanya lagi,

adakah dia yang patut dipersalahkan dalam soal ini?

ya,
jawapannya adalah dia tidak boleh disalahkan SERATUS PERATUS.


patutnya kita salahkan kita sendiri.
kenapa? sebab kita lah,dia tak tahu benda tu.

kenapa kita pulak yang salah?

sebab kita tahu,
tapi kita tak bagitahu dia pun.sehingga lah dia terpaksa bertanya di khalayak ramai.


kita tak jalankan tugas kita sebagai khalifah.
apa tugas khalifah?


1. mentadbir alam mengikut perintah Allah
2. mengajak manusia beriman pada Allah



atau dalam kata mudahnya ialah,

dakwah.


jika kita benar2 berdakwah pada orang,pastinya dia akan tahu insyaAllah.
lagi2 dia adalah orang yang berada sekeliling kita.

dan jika kita benar2 berdakwah,
pastinya dia tidak akan tanya soalan begitu pada ustaz tadi.kan?


jangan mudah nak kutuk orang lain,
sedangkan sebenarnya kita lah yang patut dikutuk berbanding dia.


kita yang dah ada ilmu,
kongsi2 lah sedikit pada orang yang belum tahu.

sekurang2nya kita cuba berkongsi,walaupun sedikit.
sekurang2nya ada juga kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

sekurang2nya nanti bila Allah tanya mengenai tanggungjawab kita,
ada lah juga benda yang kita boleh jadikan bahan bukti.




- - - - - - - -




dan kepada anda yang tidak mengetahui certain ilmu,
atau mungkin saya ini sendiri yang tidak tahu,

mohon belajarlah.

berusaha untuk mencari jawapan,
dan berusahalah untuk mencari ilmu.

kalau kita nak tunggu orang bagitau,
alamat nya lambat lah.


so nanti bila orang kutuk kita sebab tak tahu,
kita tak boleh pulak salahkan mereka sepenuhnya sebab tak bagitahu kita.
tak sebarkan dakwah pada kita.

sebaliknya salahkan diri sendiri juga,
kerana kita ini tidak berusaha mencari ilmu itu sendiri.



ha.


makna nya di sini,yang tahu ilmu dan yang tidak tahu ilmu,
 keduanya2 bersalah.
walaupun tidak bersalah sepenuhnya.



wahaha.







- - - - - - - -



last but not least,


jangan lupa berdakwah.
kerana dakwah itu tugas kita,
dan bukannya tugas ustaz dan ustazah sahaja.



dakwah = tugas khalifah
khalifah = manusia
manusia = kita



jadi?


carilah ilmu,
dan berdakwahlah.
kerana dakwah itu mudah.
bak kata majalah jom lah


even kalau kita cakap pada seorang kanak2 berusia 4 tahun


' dik,buang sampah rata2 tu dosa tau.lain kali buang dalam tong sampah eh '


pun dikira sebagai dakwah.
lihat?

mudah kan.



jadi ayuh mulakan langkahmu.

moga Tuhan mengganjari segala usaha mu wahai khalifah!







***



wallahua'lam.




Moga Allah Redha.






No comments:

Post a Comment